Filah is my name...People will call me Filah,Fyl or Nara

I'm definitely not perfect,But I'm me...

25th April-The date I was born

Work as a Laboratory Ass.
I love my mama,dad and my love so much...
My life is complete because of them:)

Selasa, 17 Januari 2012

AsSalam Visitors:) This is my post...1st post for 2012:)
Enjoy ur readin':)

By this time, I’m sure ramai sudah mengetahui tentang kisah cinta Chris Medina kan?:)


Inilah Chris Medina & beautiful Juliana Ramos

Jika anda tidak tahu atau tidak kenal Chris dan tunangnya Juliana, well…Chris adalah salah seorang peserta yang audition untuk American Idol this year tetapi kecundang diperingkat saringan. Dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik.
Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.



Pic dari Video sewaktu Chris melamar Juliana, mereka kelihatan really in love!

Pada 2 Oktober 2009…hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. Kepalaanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. Namun, dia terselamat akan tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma. Seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu.


Ini wajah Juliana selepas 2 tahun kemalangan, Chris masih bersamanya!



Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Baik wanita maupun lelaki. Ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh.

Sedangkan dia boleh kalau mahu pergi kepada wanita lain. Dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya. Tetapi, Chris TIDAK melakukannya!

Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! Bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. Dan kerana itu, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.

Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan. Ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik. Ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan…


Tidak mengira anda lelaki, maupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. Cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana… jangan hanya baca dan mengalir air mata…tetapi selaminya, rasainya…


Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.

Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana…menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu…sudah memadai.

Dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! Segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil… Ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan bercinta ini.

Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. Melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih… namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!” – Bayangkan lah… anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun tidak… as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.
Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab… “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ” – dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube.

Watch here and listen to the words and feel the story… WHAT ARE WORDS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan